Khamis, 1 Oktober 2009

Segalanya Padamu Ibunda

Masa silam yang terpendam
di suram matamu
merantai badai beban waktu
kutahu
kau masih berupaya
meniduri hamparan duka.
Masa kini yang terukir
di senyum ramahmu
mendepani gementar siang gelisah malam
kutahu
kau adalah ladang segala kesabaran
tegak teguh merimbuni pohon ketabahan.
Masa depan yang terpancar
di nyala dadamu
kutahu
kau tak rela daun-daun harapan
gugur luruh menampar genggaman.

(Dharmawijaya, Dewan Sastera, Oktober, 1979)

Sesekali layan sajak ni seronokla jugak kan...alangkah indahnya kalau saya pun dapat berkarya macam Dharmawijaya ni..hehe

..saLam Aidilfitri..


Belum terlambat rasanya nak ucapkan salam aidilfitri untuk semua.semoga lebaran kali ini membawa seribu rahmat dan keinsafan untuk kita. Maaf dan ampun dipinta andai ada salah dan silap sepanjang bersama.....minal aidil walfaizin... ambikla kad raya ni untuk anda ye...

Isnin, 17 Ogos 2009

..pResentatiOn yanG mendebarKaN..

Hari ini penuh dgn debaran. Kumpulan aku jadi kumpulan pertama yang akan bentangkan tutorial peda bm. Aku, adik, mijan dan lajem dengan penuh kesopanan dan kesusilaan membentangkan hasil kerja kami. Seluruh urat-urat lutut rasa macam nak tercabut jer..kenapa ek?..mungkinkah disebabkan Dr. Adenan atau aku yang tak bersedia?..hahahaha.Apa-apapun alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

..blOgku bLogku jua...




Dengan nama ALLAH..maka rasmilah blogku yang pertama(sblm ni dah banyak dah hehehe..).Dengan penuh rasa bangga yang terkawal, aku berjaya mencipta "meLukis imPian meWarnai keHiduPan". Semoga sahabat-sahabatku sekalian sudi menjenguk ke blogku yang tak berapa bagus ni utk berkongsi sesuatu yang bermanfaat utk kita semua.