Khamis, 1 Oktober 2009

Segalanya Padamu Ibunda

Masa silam yang terpendam
di suram matamu
merantai badai beban waktu
kutahu
kau masih berupaya
meniduri hamparan duka.
Masa kini yang terukir
di senyum ramahmu
mendepani gementar siang gelisah malam
kutahu
kau adalah ladang segala kesabaran
tegak teguh merimbuni pohon ketabahan.
Masa depan yang terpancar
di nyala dadamu
kutahu
kau tak rela daun-daun harapan
gugur luruh menampar genggaman.

(Dharmawijaya, Dewan Sastera, Oktober, 1979)

Sesekali layan sajak ni seronokla jugak kan...alangkah indahnya kalau saya pun dapat berkarya macam Dharmawijaya ni..hehe

..saLam Aidilfitri..


Belum terlambat rasanya nak ucapkan salam aidilfitri untuk semua.semoga lebaran kali ini membawa seribu rahmat dan keinsafan untuk kita. Maaf dan ampun dipinta andai ada salah dan silap sepanjang bersama.....minal aidil walfaizin... ambikla kad raya ni untuk anda ye...